Terjemahan Dalam Solat

TAKBIR
Allah Maha Besar

DOA IFTITAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan oraNg-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Tiada Kata - GPS terbaiiikkk!

Tiada Kata - Hukum OMG

Tips Apabila Dirompak

 
"When a thief forced you to take money from the ATM, do not argue or resist, you ...might not know what he or she might do to you. What you should do is to punch your PIN in the reverse...

Eg: If your PIN is 1234, you punch 4321.

The moment you punch in the reverse, the money will come out, but will be stuck into the machine half way out and it will alert the police without the notice of the thief.

Every ATM has it; It is specially made to signify danger and help. Not everyone is aware of this."
 
apa-apa pun, berhati-hatilah..kalau boleh, pelajarilah ilmu pertahanan diri.. tambah-tambah lagi, sekarang ni banyak kes jenayah berlaku..

Bertunang Tanpa Sedar? Biar Betul!

Percaya atau tidak, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju.
Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawa rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila seseorang perempuan itu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tidak mencapai baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan itu hilang keupayaan akal(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

utk pengetahuan bersama

Tiada Kata - Baca al-Quran

Ujian Personaliti - Pencuci Mulut Kegemaran

Bersedialah dengan keputusan yang konkrit. Mana yang anda akan pilih?
p/s: Maaf, kuiz ini dalam bahasa inggeris.
Angel food cake
Brownies
Lemon meringue pie
Vanilla cake with chocolate icing
Strawberry short cake
Chocolate cake with chocolate icing
Ice cream
Carrot cake



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Analisis
Angel food: Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being childlike and immature at times

Brownies: You are adventurous, love new ideas, are a champion of underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your saber. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

Lemon meringue pie: Smooth, sexy, and articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

Vanilla cake with chocolate icing: Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life; very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad. However, you are a friend for life.

Strawberry short cake: Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

Chocolate cake with chocolate icing: Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

Ice cream: You like sports, whether it be baseball, football, basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

Carrot cake: You are a fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

Ujian Personaliti - Kaitan Warna dengan Orang di Sekeliling Kita

Ketahui orang yang bermakna dalam kehidupan anda dengan memberikan warna kepada nama.

Fikirkan seseorang yang anda mahu hubungkan dengan warna yang berikut mengikut kesesuaian yang anda rasa. Nama yang anda nyatakan pada setiap warna mesti seseorang yang anda tahu dan juga tahu anda.

Anda tidak boleh mengulangi nama yang sama. Nama hanya satu orang untuk setiap warna.

merah

biru
kuning
hijau
jingga

----------------------------------------------------------------------

Analisis


Merah - Mewakili orang yang anda suka.

Biru - Mewakili orang yang anda seolah-olah mempunyai hubungan yang rumit dengannya.

Kuning - Mewakili seseorang yang tidak pernah akan melupakan anda.

Hijau - Mewakili orang yang anda akan ingat untuk sepanjang hayat anda.

Jingga - Mewakili teman sejati anda.

Ujian Personaliti - Luaran Bukan Segala-Galanya

Jawab soalan-soalan berikut dan kemudian membaca tentang jenis anda.

1. Anda mempunyai pandangan yang tersendiri.
Ya ....... pergi ke 2 nombor
Tidak ...... pergi ke 8

2.Anda memilih kalung berbentuk hati dan bintang.
Ya ....... pergi ke nombor 3
Tidak ...... pergi ke 9

3. Anda tidak berminat dengan anak patung atau robot.
Ya ....... pergi ke nombor 4
Tidak ...... pergi ke 11

4.Anda mempunyai kepentingan dalam pakaian tradisional Cina.
Ya ....... pergi ke 5
Tidak ...... pergi ke 11

5. Anda mempunyai pakaian merah dalam almari pakaian anda
Ya ....... pergi ke 6
Tidak ...... pergi ke 12

6. Anda ingin memohon pekerjaan yang memerlukan pengalaman.
Ya ....... pergi ke 7
Tidak ...... pergi ke nombor 13

7. Kawan-kawan anda suka untuk bersama-sama dengan anda kerana anda adalah orang yang boleh dipercayai.
Ya ....... Jenis A
Tidak ...... Jenis B

8. Anda mempunyai rambut pendek.
Ya ....... pergi ke nombor 2
Tidak....... pergi ke nombor 15

9. Anda berfikir kompleksi kulit anda tidak cukup cantik.
Ya ....... pergi ke nombor 3
Tidak ...... pergi ke nombor 16

10. Jenis bunga yang anda paling ingin?
A. bunga matahari ....... nombor 14
B. liar kekwa ....... nombor 11

11. Anda adalah seorang pelajar / pekerja yang tekun.
Ya ....... pergi ke 5
Tidak ...... pergi ke nombor 17

12. Anda tidak mempunyai kepentingan dalam kraf baru-baru ini.
Ya ....... pergi ke 6
Tidak ...... pergi ke nombor 18

13. Anda adalah orang yang lembut hati dan mesra.
Ya ....... pergi ke 7
Tidak...... pergi ke nombor 19

14. Anda tidak keberatan tidur bersama-sama dengan sekumpulan orang yang berlainan jantina di atas katil yang sama.
Ya ....... Jenis A
Tidak...... pergi ke nombor 20

15. Anda akan memilih sukan sebagai aktiviti ko-kurikulum utama anda.
Ya ....... pergi ke 9
Tidak ...... pergi ke nombor 21

16. Anda suka mata pelajaran matematik dan sains.
Ya ....... pergi ke nombor 10
Tidak...... pergi ke nombor 22

17. Anda lebih suka warna oren daripada merah.
Ya ....... pergi ke 12
Tidak ...... pergi ke nombor 24

18. Anda lebih seperti gunung daripada lautan.
Ya ....... pergi ke nombor 13
Tidak ...... pergi ke nombor 25

19. Apabila seseorang adalah lebih baik daripada anda pada sesuatu, anda akan menjadi tergugat dan tidak selesa.
Ya ....... pergi ke nombor 14
Tidak ...... pergi ke nombor 26

20. Anda tidak keberatan bercakap dan ketawa dengan kuat di tempat awam.
Ya ....... Jenis B
Tidak ...... Jenis C

21. Anda sentiasa mengemas bilik anda sendiri.
Ya.........pergi ke nombor 16
Tidak ...... pergi ke nombor 28

22. Anda suka menonton program TV yang berkaitan dengan sukan.
Ya ....... pergi ke nombor 23
Tidak ...... pergi ke nombor 29

23. Anda fikir persahabatan sejati tidak boleh wujud di antara jantina yang berlawanan.
Ya ....... pergi ke nombor 10
Tidak ...... pergi ke nombor 17

24. Anda ingin belajar memasak.
Ya ....... pergi ke nombor 18
Tidak ...... pergi ke nombor 31

25. Anda mempunyai banyak kepentingan dalam "internet".
Ya ....... pergi ke nombor 19
Tidak ...... pergi ke nombor 32

26. Apakah orang yang anda memihak kepada kebanyakan?
A. bersukan .................. pergi ke nombor 20
B. matang .................. pergi ke nombor 39

27. Anda ingin untuk memakai pakaian yang direka khas untuk menarik perhatian orang lain.
Ya ....... Jenis B
Tidak ...... Jenis D

28. Anda lebih seperti anjing daripada kucing.
Ya ....... pergi ke nombor 22
Tidak ...... pergi ke nombor 34

29. Anda biasanya membawa minyak wangi apabila anda keluar.
Ya ....... pergi ke nombor 30
Tidak ...... pergi ke nombor 35

30. Anda suka bulan lebih daripada matahari.
Ya ....... pergi ke nombor 23
Tidak...... pergi ke nombor 24

31. Anda menukar gaya rambut anda dengan kerap.
Ya ....... pergi ke nombor 25
Tidak ...... pergi ke nombor 37

32. Melayan orang lain membuat anda sibuk.
Ya ....... pergi ke nombor 26
Tidak ...... pergi ke nombor 38
 

33. Rambut anda sentiasa berantakan.
Ya ....... Jenis C
Tidak ...... pergi ke nombor 27                                                         

                                                          34. Anda takut untuk memasak.
Ya ....... pergi ke nombor 29
Tidak...... pergi ke nombor 35

35. Anda mempunyai banyak barang-barang perhiasan.
Ya ....... pergi ke nombor 36
Tidak ...... pergi ke nombor 37

36. Anda suka membeli-belah semasa hari cuti.
Ya ....... pergi ke nombor 37
Tidak...... pergi ke nombor 31

37. Anda akan pergi dan mengambil potret pada masa akan datang.
Ya ....... pergi ke nombor 32
Tidak ...... pergi ke nombor 38

38. Anda tidak cerewet tentang pola dan potongan seluar dalam anda.
Ya ....... pergi ke nombor 39
                                                          Tidak ...... pergi ke nombor 40

39. Anda tidak mempunyai minat dalam pembuatan kraf.
Ya ....... pergi ke nombor 27
Tidak ...... pergi ke nombor 33

40. Anda mengikuti trend fesyen pada pakaian.
Ya ....... Jenis C
Tidak ...... Jenis D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Analisis

Taip A: Jenis Ceria

Anda adalah orang yang ceria. Walaupun kadang-kadang anda akan merasa kecewa, tetapi anda dapat melalui masa sukar dengan mudah. Personaliti anda yang mesra adalah titik terkuat anda di mata yang berlainan jantina, tetapi ini membuat pasangan anda berasa tidak selamat.

Jenis B: Jenis Artistik
Anda suka menjaga orang lain. Orang merasa selesa untuk bercakap kepada anda dan ini membolehkan anda untuk mendapat kepercayaan mereka. Personaliti anda biasanya meninggalkan kesan yang baik kepada orang-orang yang berlainan jantina yang sentimental.

Jenis C: Jenis Dicintai
Anda dianggap sebagai kakak / saudara dalam pandangan yang berlainan jantina. Anda biasanya bergantung kepada orang lain dan cenderung untuk bergantung kepada pendapat orang lain. Antara 4 jenis, jenis perkahwinan anda yang paling digemari. Kesan pertama anda berikan kepada jantina yang berlawanan adalah penampilan dan watak bersimpati anda. Ini mungkin atas sebab-sebab mengapa orang lain tidak sabar-sabar untuk menawarkan perlindungan dan keselamatan.

Jenis D: Jenis Menawan

Antara 4 jenis, jenis anda memiliki keindahan yang paling menawan. Pesona seksi yang kamu miliki menarik perhatian orang lain dan membantu anda mendapat populariti. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati apabila orang lain memuji-muji anda terlalu banyak

Sekadar Hiburan

Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

✿~ S A H A B A T ~✿

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

• Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

Teka-teki daripada Imam Ghazali r.a

 Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseroang menjadi sombong dan takabbur.
1. Ilmu
2. Amal Ibadat
3. Nasab Keturunan
4. PARAS RUPA Dan KELEBIHAN FIZIKAL
5. Harta Kekayaan
6. Kekuasaan
7. Pengikut dan penyokong.

Semua akan Dikehendaki Datang Tanpa Sebarang Pengecualian

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
sama2lah kita saling ingat mengingati bersama..

Buat Adam yg Mencari Cinta Hawa..Buat Hawa yg Menanti Cinta Adam


benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??
salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam.. andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..
lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..
fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..
andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..
andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..
andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

~lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..
wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..
begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu.. sekadar renungan bersama..^^

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasihat Kehidupan :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran