Seseorang~



Seseorang yg sentiasa bergurau senda dihadapanmu,
ketahuilah bahawa dia seorang pemurung tatkala bersendirian..


Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat
dan perangsang kepadamu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulum hatinya yg retak..




Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu,
ketahuilah bahawa dia yang sentiase mengadu lemah dihadapan Tuhannya..


Seseorang yang ketawanya menceriakan hatimu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut luka di dadanya..


Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
ketahuilah bahawa dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya..


Seseorang yg bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
ketahuilah bahawa dialah seorang 'petapa setia'
yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..