Menurut pandangan ahli falsafah Islam, penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek :
1. Sabar terhadap ibadah:
tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas seperti solat, puasa dan lain-lain.
2. Sabar ketika mendapat sesuatu bala atau bencana:
Allah sentiasa menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.
3. Sabar terhadap maksiat:
menahan diri daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong hawa nafsu.
4. Sabar dalam perjuangan:
tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.
5. Sabar terhadap pengaruh duniawi:
umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan nikmat dunia sehingga lalai dengan kepentingan hidup di akhirat.
*sumber:Gen-Q