Ya Allah! Dengarlah Rintihan Hamba-Mu Ini

Ya Allah!
Engkau buangkanlah perasaan hati ini terhadap dia. Kerana aku tau, aku akan menjadi lalai disebabkan dia.

Ya Allah!
Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menentang hawa nafsuku ini, yang tidak mampu aku lakukan tanpa bantuan-Mu..

Ya Allah!
Aku tahu aku insan yang lemah, insan yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin-Mu.

Ya Allah!
Engkau permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku, hanya kepada-Mu lah aku meminta pertolongan.