Buat Mata yang Sedang Menangis

 Duhai mata yg sedang menangis...

mngkin tika ini kau sedang bahagia, mngkin juga kau sedang b'duka. Apapun situasimu, air yg menggenangi kelopakmu dan mngalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yg x t'hngga. Ia mmpu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ktenangan jiwa. Bersyukurlah pd-Nya kranahngga saat ini kau masih mmpu mnangis.

Aduh!Sungguh hairan kumelihat org yg mrasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya  satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dlm firman-Nya, "Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka b'tmbah khusyuk." (Surah al-Isar' 17:109)

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kpd mereka, maka mereka menyungkur dgn b'sujud dan menangis." (Surah Maryam 19:58)

Duhai mata yg sedang menangis...

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mmpu menjadi terapi kesihatan yg berguna dlm merawatpenyakit berbahaya. tatkala dirimu dlm ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia drpd air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sbagai latihan b'guna buat sekatan rongga bdn, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketengangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yg sedang menangis...

Tangisan bukan keaiban tp satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pd tangisan. Ia  menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia juga meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yg tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu pd tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yg mempunyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dgn tangisan utk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlgak kuat dgn menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mngkin lebih banyak menangis drpd lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t. padamu hngga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar drpd kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Maka tak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak drpd lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu  keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting utk menyucikan mata drpd racun yg keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yg tak stabil.

Duhai mata yg sedang menangis...

Sungguh bertuah kau masih mmpu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pd Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mmpu mengembalikan masa lalumu. Jgn biarkan tangisan itu membibitkan kabus pd masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian drpd masa sekarangmu utk melonjakkan amal dan perubahan utk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab utk mencari ketenangan hidup. Dengarilahpesana Rasulullah s.a.w. dlm menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kpd mata yg selalu menangis kerana takut kpd Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i).

p/s:mybe korg ade t'bce nie kt ne2 kn.. so sori.
(petikan drpd Solusi isu 4)