Iktibar daripada Sebatang Pensel...

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
   "Apa ibu sedang tulis tu? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
     "Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
   "Apa yang istimewa tentang pensel ini, ibu?" tanya si anak.
     "Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun hanya sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Nak tahu?"
   "Ya, ibu."
  
    Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada yang memegangnya. Maka ingatlah, akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

    Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul.Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut dan diasah, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga dengan hidupmu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia akan menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

    Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan san membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

   Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu,berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

    Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa saja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesan terhadap diri ataupun orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

       Inilah kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Janganlah berputus asa. Apa saja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan pasti akan memberi bekas dalam jiwa. Ulang-ulangkanlah